PENGENALAN
Teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dikenal pasti sebagai salah satu faktor
penting yang membantu pencapaian matlamat Pembangunan Pendidikan
2001–2010. Kepesatan kemajuan ICT menjadi cabaran kepada negara untuk
menyediakan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran
ICT. Bagi menerajui usaha menyediakan sumber tenaga manusia, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan
fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat
pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan.
Penggunaan ICT juga berpotensi membawa perubahan dan pembaharuan kepada
sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat
antarabangsa.
ICT adalah sistem yang
membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan
komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan
bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong
proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan
pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT
dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan
tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, dan
berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses
pendidikan berdasarkan kadar kebolehan pelajar.
TMK SEBAGAI MATA PELAJARAN
Pada Tahap II, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar sebagai satu mata pelajaran sebagai persediaan ke sekolah menengah yang menekankan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu TMK yang berteraskan Standard Kandungan dalam Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan.
MATLAMAT
Matlamat Standard Kurikulum TMKTahap II adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran khusus disiplin ilmuTMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik.
OBJEKTIF
Diakhir pembelajaran TMK Tahap II, murid akan dapat:
i. Memahami tentang perisian dan peranti komputer.
ii. Memahami ukuran data dan keselamatan komputer.
iii. Menggunakan pengetahuan multimedia dan aplikasi khusus untuk membangunkan persembahan multimedia tak linear.
iv. Memahami rangkaian komputer dan fungsi internet.
v. Memahami data, maklumat dan membangunkan pangkalan data.
vi. Mengenali pengaturcaraan dan memahami algoritma untuk membangun aturcara.
vii. Menjana idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

No comments:
Post a Comment