SISTEM KOMPUTER
Sistem komputer iaitu kombinasi komponen yg direkabentuk untuk memproses data dan menyimpan failSistem komputer terdiri daripada empat komponen yang utama iaitu:
1. Input
2. Output
3. Proses
4. Storan
Input iaitu proses memasukkan data mentah ke dalam komputer menggunakan peranti input untuk diproses menjadi maklumat berguna. Contoh input ialah teks, grafik,audio dan video. Manakala peranti input pula seperti papan kekunci untuk memasukkan teks, menggunakan tetikus untuk membuat pilihan, menggunakan mikrofon untuk memasukkan audio dan menggunakan kamera video digital untuk memasukkan video.
Proses iaitu menukar data kepada maklumat yang berguna. Dalam sistem komputer, proses akan dilaksanakan oleh pemproses (CPU).
Output iaitu maklumat berguna yang dihasilkan melalui pemprosesan ke atas data atau arahan yang dilaksanakan oleh CPU.
Storan pula iaitu lokasi di mana data , arahan atau maklumat disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan. Selain menyimpan data , storan juga digunakan untuk menyimpan perisian sistem dan perisian aplikasi.
PENGUKURAN DATA
bit = unit terkecil dalam perwakilan data. Terdiri dari kod binari 1 dan 0
1 byte = 8 bit
1 kilobyte (KB) = 1024 byte
1 megabyte (MB) = 1024 kilobyte
1 gigabyte (GB)= 1073,741,824 byte
1 gigabyte = 1,024 megabyte
PERANTI STORAN
Komputer merupakan peralatan elektronik
yang berupaya untuk menyimpan data, arahan, maklumat dan dokumen. Ia boleh
dipanggil untuk digunakan pada bila-bila masa . Komputer menyimpannya di
dalam bentuk elektromagnet dan ianya boleh dicapai oleh komputer sahaja.
Storan adalah ruang ingatan pada
sesebuah komputer. Storan terbahagi kepada dua iaitu storan primer dan storan
sekunder.
Storan Primer
Storan primer juga dikenali sebagai
ingatan utama, ia merangkumi RAM (Random-Access Memory) dan ROM (Read-Only
Memory). Storan primer berada berasingan dengan dengan CPU. Data dan suruhan
perlu ada di dalam storan primer sebelum boleh dicapai oleh CPU. Storan primer
terbahagi kepada dua iaitu
a. Ingatan Capaian Rawak (RAM)
b. Ingatan Baca Sahaja (ROM)
Storan Sekunder
Storan sekunder adalah storan
alternatif yang terdapat pelbagai jenis. Ia digunakan untuk menyimpan program
computer dan dokumen.
Dengan kata lain, storan sekunder adalah sebarang peranti
storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal
tanpa disokong oleh sebarang bekalan kuasa.
Ia akan kekal sehinggalah fail
demikian dipadamkan. Storan ini tidak meruap kerana data disimpan dlam bentuk magnetic,
optic atau magneto-optik yang tidak memerlukan bekalan tenaga.
Saiz storan
sekunder lazimnya adalah seperti 512MB, 4GB, 320GB atau 10TB.
Fungsi storan sekunder adalah :
- menyimpan data dan maklumat seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen secara kekal walaupun tiada bekalan kuasa.
- menyimpan program sistem pengoperasian untuk menghidupkan sesebuah computer.
- menyimpan pelbagai program aplikasi dan program utility seperti Microsoft Office, Winrar, Kapersky Antivirus dan sebagainya.
Jenis-jenis storan sekunder
adalah:
a. Medium Magnet
b. Storan Optikal
A-Medium Magnet
Terdapat tiga jenis storan magnetic
yang biasa digunakan iaitu:
1. Pita Magnetik
Datanya disimpan pada segulung pita. Ia
juga dikenali sebagai pita kaset. Ketumpatan pita disukat dalam unitbpi iaitu
“bit per inches’. Ia murah dan sesuai dan sesuai digunakan sebagi sandaran
2. Cakera Liut
Cakera Liut atau dikenali sebagai
Disket
3.
Cakera Keras
Cakera keras menggunakan plat metalik
yang tebal dan kukuh. Ia mampu menyimpan secara kekal dan mencapai data pada
kelajuan yang lebih cepat. Ia dapat menyimpan data dengan lebih banayk
berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera optik
ataupun pita. Saiz kapasiti muatan data boleh mencecah 1TB.




No comments:
Post a Comment