SK SRI KERIAN
34200 PARIT BUNTAR, PERAK
MINIT MESYUARAT PANITIA TMK
BIL : 02/2014
TARIKH :
19 NOVEMBER 2014
MASA : 1.00 TENGAHARI
TEMPAT :
MAKMAL ICT
KEHADIRAN : 3 orang
HADIR:
1 Pn. Zubaidah bt
Ramly PK HEM - Penasihat
2 Pn. Siti Hasanah
bt Mohd Noor -
Pengerusi
3 Pn. Junaidah bt Mat Judin
- Setiausaha
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan
aluan Ketua Panitia selaku Pengerusi
Mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli ke mesyuarat Panitia ICT
kali ke-2. Memandangkan TMK merupakan subjek baru untuk Tahun 4, guru yang
mengajar hanya 2 orang. Walaubagaimana pun adalah diharapkan pada tahun 2015 nanti akan bertambah guru yang
mengajar subjek ini.
Tindakan: Untuk Makluman
2. Pengesahan
minit mesyuarat terdahulu
Cadangan: Pn. Siti Hasanah bt Mohd Noor
Sokongan : Pn Zubaidah Ramly
Tindakan: Untuk Makluman
3. Perkara-perkara
berbangkit
Tiada perkara berbangkit
Tindakan: Untuk Makluman
4. PBS
Pentaksiran Berasaskan Sekolah secara offline perlu
dibuat untuk untuk rujukan tentang tingkah laku murid terhadap tajuk yang
dipelajari. Manakala markah PKSR dan Ujian Bulanan perlu di keyin dalam SAPS . Tujuan
PKSR adalah untuk mengukur pengetahuan dan kekuatan daya ingatan murid Berdasarkan
kedua-dua pengukuran ini kita sepatutnya dapat mengenalpasti murid yang lemah untuk diberi pemulihan.
Tindakan: guru mata pelajaran
5.
Aktiviti Panitia
5.1.
Kursus KSSR TMK – Kursus telah dihadiri oleh Pn
Noran yang telah bertukar ke Wilayah
Persekutuan.
5.2.
Mesyuarat Panitia – Hanya dijalankan sebanyak 2
kali sahaja.
5.3
PBS dan PKSR – telah dijalankan
5.4.
Karnival ICT – tidak dapat dijalankan.
5.5.
Kursus PLuG TMK Tahun 5 – telah dihadiri oleh Pn
Siti Hasanah bt Mohd Noor
Tindakan: guru mata pelajaran
6. Hal-hal lain
6.1. Penggunaan makmal sebagai kelas TMK kerana
semua benda maujud tentang TMK ada di dalam makmal computer.
6.2 Pengerusi memohon jasa baik Pn Zubaidah
memanjangkan permintaan menambah guru yang mengajar Subjek TMK kepada 4 orang
pada tahun 2015.
6.3. Pada tahun 2015 nanti , kelas tidak dipecah
kepada 2 seperti yang dilakukan pada tahun
ini. Kelas TMK akan dijalankan
berselang minggu dengan RBT.
Tindakan: guru
mata pelajaran
7. Ucapan
Penangguhan
Puan
Zubaidah berharap pada tahun 2015 nanti aktiviti carnival ICT dapat dijalankan
seperti yang di adakan pada tahun 2010 dan 2013. Melalui aktiviti-aktiviti carnival
ICT, guru dan murid dapat menunjukkan kebolehan dalam menggunakan perisian ICT.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30
tengah hari.
Dicatat oleh,
Pn Siti Hasanah bt Mohd Noor
No comments:
Post a Comment